Sunday, 26 June 2011

Selamat Pengantin Baru

haaa...selamat pengantin baru buat kawan-kawan ku yang sudah mendiri kn rumah tangga....turn aku????
ha,aku pn xtau..heeeee..semua sudah tersurat bile aku nak kawen..buat kawan-kawan yang lain..cepat-cepat kawen..aku xsaba nak rasa lauk kenduri korang...heeee...semoga bahagia ke akhir hayat buat asma dan pasangan & en. wahid dan pasangan...





Friday, 24 June 2011

chicken puff

haaa...hari ni aku buat puff plk..
asalnye chicken mushroom pot pei....tp aku da derhaka pada resepi tu sendiri...hahaha
thanks k.jee
 Bahan :


  1. isi ayam yang telah dihiris halus (ikut suka banyak mana)
  2. 1 batang carrot didadu,cili bengala dan cili merah dipotong dadu
  3. brokoli
  4. 2 ulas bawang putih dicincang1 biji bawang sederhana besar didadu
  5. 2 sudu minyak zaiton (guna minyak joyah ke jenap pun boleh hehehe)
  6. serbuk lada hitam
  7. garam secukup rasa
  8. 1 sudu tepung gandum
  9. pastry puff jenama kawan
panaskan kuali, bubuh minyak zaiton dan masukkan bawang putih dan bawang merah. bila sudah wangi, masukkan ayam dan tumis seketika sehingga daging ayam tu kecut. kemudian masukkan sedikit air ( lebih kurang setengah cawan) bersama carrot. masak hingga carrot masak. kemudian brokoli dan  gaul rata. masukkan cili bengala dan cili merah apabila semua sayur lembut , taburkan sedikit lada hitam dan garam secukup rasa. kemudian campurkan satu sudu tepung dengan air dua sudu dan masukkan. kacau pantas2 hingga rata. kemudian tutup api dan sejukkan. ini ini mesti lembab2 kering yer. tak bolehe basah nanti rosakkan pastri. kalau masih masah, masukkaan lagi sedikit tepung dan kacau pantas.
keluarkan pastry puff dan biarkan dalam suhu bilik.
sapu sikit minyak/butter dalam mangkuk. letak satu keping dalam mangkuk. isikan dengan inti ayam tadi. kemudian ambil sekeping lagi. buat hirisan atas keping itu dan tutup atas mangkuk tadi. kelim tepi2 elok. kemudian sapukan dengan kuning telor yang telah dicampur dengan sedikir susu segar, tabur bijan dan bakar guna suhu 190 darjah selama 25 minit atau hingga cantik warnanya. setelah sejuk, keluarkan dari mangkuk, susun atas pinggan. lebihan ayam tadi boleh dibuat sebagai pencicah. 

lagi resepi k.jee

Thursday, 23 June 2011

rindu mereka..


da sebulan lebih aku tinggalkan bumi YaPEIM...Rindu nak dgr segale-galenye...rindu nak dgr nasihat mereka,rindu dgn bimbingan mereka..rindu ngn majlis makan-makan...ngee ade sorang stuff tu suke masak,bagi kami rase hasil air tgn mereka...rindu ngn program dkt sane...rindu la semua nye...semoga mereka terus berjaya and terus maju...(psstt nanti dpt la naik gaji kalo rajin) saksi kan gambar aku sepanjang di sana...heeeeee

ni hasil keje tgn aku sepanjang dok YaPEIM..xsempat nak bawak 
tmpat keje da abis kene kebas ngn org2 dlm umah ni...

ade sorang xcukup ni...En.Wahid....


p/s: selamat pengatin baru buat En.Wahid...majlis ari sabtu ni...

Wednesday, 22 June 2011

sakit terhiris..

serius xsedar mase potong sayur td terpotong ngn jari sekali...huhuhu
nasib baik da biase..di buat nye adk ak y potong sayur mau satu minggu xmasuk dapur....
nasib la..mak sibuk kerja..aku jgk la y kne masak...dulu leh lg bodek suh masak... aku ckp je "mak da lame xrase mak masak" gerenti punye masuk dapur...skang ni ckp je hape pun...xlayan...nak boikot nt xmakan pulak...hahaha (mak jangan marah ye)=)


teringat zaman mude belia aku ni...dulu  aku ade la duk kg...tolong arwah wan aku (ceh xleh bla)...tapi yang paling aku ingat mase wat kuih bahulu n dodol..arwah dulu mang suke wat kuih ni mase hayat die...first time gak aku tolong arwah kaco dodol sampai kan melimpah2 air gule tu aku keje kan..baru glabah panggil wan aku.. "wan kuah tumpah" ayat darjah 5 dulu..hehehe

mak aku selalu cite mase aku 3 or 4 tahun wan aku carik kayu api ntok raye nanti.. (biase la mase raye dkt kg mang masak pkai kayu api..sampai skang) aku pun sibuk le tolong carik skali...last-last xjmpe aku pn pe lg amik le kayu api onyeng aku....hahaha....nakal aku.... rindu rase nye nak kmbali zaman tu...

**alfatihah untuk arwah atok and nenek aku serta kaum muslimin and muslimat...

Kedai Rakyat 1 Malaysia


Kedai rakyat 1Malaysia sinonim dengan perjuangan mengukuhkan perpaduan rakyat dan simbol pembelaan rakyat.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika rasmikan premis pertama kedai rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya


mintak-mintak lebih banyak kedai cmni di buka....
**lagi cite mai  singgah sini



Tuesday, 21 June 2011

Penat..


dari hati yang tulus..(belum mulus lagi)

jauh dari hati ni xnak dok fikir yang menyesakkan perasaan ni...
da lame da hati ni tenang..tetibe ade yang kacau..
kalo betul2 serius terus je la jmpe fmly aku...cewahhh.. tp betul la kan...
ckp punye la berapi-api...ntah2 saje je nak main-main kan perasaan aku..
terus terang je la...aku xcair langsung dgn ayat-ayat org laki ni...maaf pada yang terasa
tapi mang nak bagi rasa pun...ok kite layan  lauk ni

masak lemak itik dgn kuining..


Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah, 1cm kunyit hidup/ serbuk kunyit dan 6 biji cili. (di kisar)
  • 5 biji telur itik
  • 450ml santan pekat
  • Sedikit garam
  • 2 biji buah kuining  (hiris kasar)





 Cara memasak:
  1. Masukkan santan, bahan kisar, dalam periuk 
  2. Masak di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak  
  3. Bila santan hampir mengelegak pecahkan telur sebiji-sebiji sambil dikacau perlahan
  4. Masukkan hirisan kuining dan garam.
  5. Jangan masak terlalu lama sebab nanti telur akan jadi keras dan tak berapa sedap
  6. Sedia dihidangkan

Friday, 17 June 2011

impian

salam semua...ishh xtau nak ckp pe da....(ngeeee)
sebenarnye tgh terpikat ngn Myvi baru ni...
tp kene la simpan impian dulu....sebab nye byk benda nak kena bayar...pastu baru la nak fikir balik...

meh belek 


nak lagi...mai lawat perodua...















































Sunday, 5 June 2011

Kisah Hati

sungguh terpesona ngn lagu ni...dari tgk nur kasih lagi terbuai-buia ngn lagu ni...
kawan aku dok sibuk nagis tgk cite...tp aku lain...dok hayati lagu...sungguh, aku selalu hayati pape yang ade di sekeliling aku....tp mak aku selalu marah...xelok dok dgr lagu frust2 ni...tp aku suke...
pelik-pelik je....aku rase korang pon suke dengar lagu ni....meh kasi layannnn~~~


kuih kasui...


  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sdb tepung ubi
  • 2 1/4 cawan air gula merah (manis ikut suka). Sesudah dimasak tapis dulu air gula tersebut.
  • 1/2 sdt kapur





Semua bahan di atas dicampurkan dan di blend sehingga sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berkitil2.
Masukkan adunan didalam loyang ataupun didalam acuan kuih lompang. Kukus selama 1/2 jam.
Gaulkan sedikit kelapa dengan sedikit garam dan hidangkan bersama kueh tadi

(mak aku suke ni)

Friday, 3 June 2011

Dulu penebar roti canai,kini roti arab :kite???xkan pembancuh air liur basi kot

panjang bebenar n3 kali ni...(hahaha)
aku ni baru pas bace majalah anis..belek punye belek ak jmpe la tajuk kat ats tu....kite ni haaaa,
xkan nk tunggu org cari kite pulak kn...
sebaiknye biar la keje yang biase-biase je sblm dpt pe y kite harap kan...dpt sikit duit poket kn..
kalo demand nak keje yang bagus-bagus setaraf ngn kelulusan kite mang la susah skit la...
hanye berbekal kn modal tgn sahaje boleh macam-macam dpt kan...kalo xcaye, org memasak tu gune tgn gak kn,jahit bekebun bagai asal jgn mencuri da la...sia-sia je tgn yang tuhan anugerahkan dekat kite....

"renung-renung kan dan selamat berfikir".......=)

ihsan google...

Thursday, 2 June 2011

wabak e-coli

Sejumlah sayuran dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria yang boleh membawa maut ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam.
Jangkitan bakteria yang dikenal pasti sebagai E. coli itu telah membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang manakala ratusan yang lain di seluruh Eropah mengalami keracunan.
Pihak berkuasa Czech menyatakan, sebanyak 120 timun organik Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria itu ditarik semula penjualannya dari pasar raya dan kedai runcit.
Pegawai kesihatan di Austria pula memberitahu, hanya sebilangan jumlah timun yang ditarik balik.
Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan Austria menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan amaran bahawa pencemaran bakteria itu turut merebak pada tanaman tomato dan terung.
Agensi tersebut mendakwa sejumlah sayuran itu mungkin telah dijual dan meminta orang ramai yang membelinya supaya segera membuang sayuran tersebut.

Bagaimana E. coli dikenal pasti?

E. coli boleh dibiakkan di dalam makmal pada piring agar-agar
daripada spesimen klinikal seperti najis, air kencing, darah dan cecair
serebrospina pesakit. Ia kemudian diproses dan dikultur.

Selepas satu atau dua hari koloni E. coli yang tumbuh pada piring akan dikenal pasti menggunakan ujian biokimia.

Biasanya proses ini mengambil masa dua hingga tiga hari. Jika E.
coli ditemui dalam air, ini boleh menjadi petanda bahawa air itu
tercemar dengan najis haiwan atau manusia. Ia boleh terjadi sama ada
melalui kumbahan sisa najis, yang boleh mengakibatkan penyakit tularan
najis ke mulut seperti Salmonelosis dan kolera.


E. coli penyebab gastroenteritis dan cirit-birit terdiri daripada beberapa jenis:
* Enterotoksigenik E. coli (ETEC)
Biasanya cirit-birit ini dialami pengembara dan bayi di
negara-negara kurang membangun. Ia berpunca daripada makanan atau
minuman yang tercemar dengan najis.
Antara gejala yang dialami ialah kekejangan perut, muntah dan cirit-birit.

* Enteropatogenik E. coli (EPEC)
Ia menyebabkan cirit-birit pada bayi. Antara gejala yang dialami ialah demam, mual dan muntah-muntah.

* Enteroinvasif E. coli (EIEC)
Jangkitan daripada makanan. Pesakit biasanya mengalami demam, kekejangan perut, cirit-birit yang ada kalanya bercampur darah.

* Enteroagregatif E. coli (EAEC)
Ia mengakibatkan cirit-birit berair pada bayi yang berlanjutan sehingga pesakit mengalami dehidrasi.

* Enterohemoragik E. coli (EHEC)
Jenis ini berpunca daripada bakteria E. coli 0157:H7 yang
mengakibatkan penyakit yang serius kepada manusia. Pesakit yang
mengalami cirit-birit ini melarat hingga menyebabkan pendarahan usus.

Bakteria ini akan masuk ke dalam perut dan usus kecil. Ia
kemudiannya melekat pada permukaan usus besar dan mengakibatkan radang
pada dinding usus. Tindak balas ini disebabkan toksin yang dihasilkan
oleh bakteria terbabit.

Ia berpunca daripada pengambilan produk tenusu seperti susu atau jus
buah yang tidak dipastur, sayur-sayuran yang tidak dimasak seperti
salad dan produk daging separuh masak.

Antara gejalanya ialah kekejangan perut dan cirit-birit berdarah.
Keadaan ini boleh berlanjutan hingga pesakit mengalami komplikasi
hemolytic uremic syndrome (HUS).

Ia menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang akut, sel
platelet menjadi rendah dan kekurangan sel darah merah. Kira-kira tiga
hingga lima peratus meninggal dunia akibat komplikasi ini.

E. coli O157:H7 buat pertama kalinya menyebabkan wabak penyakit
cirit-birit berdarah berlaku pada 1982. Wabak itu dipercayai berpunca
daripada burger yang tercemar. Selepas itu wabak E. coli O157:H7 juga
telah dilaporkan terjadi di Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom.


Rawatan

Rawatan untuk UTI, jangkitan kuman dalam darah atau septisemia,
radang selaput otak pada bayi dan jangkitan pada luka pembedahan,
pesakit perlu diberi ubat antibiotik tertentu.

Sebaliknya, pesakit yang mengalami cirit-birit perlu mendapat air
dan garam gantian secukupnya sama ada melalui minuman atau intravena.
Bagaimanapun, agen menghalang pergerakan usus seperti lomotil tidak
disyorkan kerana ia mengakibatkan cirit-birit yang dialami menjadi
semakin serius.


Pencegahan 

Sehingga kini, belum ada vaksin digunakan secara rutin untuk mencegah jangkitan E. coli.
Penggunaan antibiotik profilaksis juga tidak disyorkan kecuali
kepada individu yang berisiko tinggi menghidap cirit-birit akibat
mengembara.

Lebih penting amalan kebersihan diri dan menggunakan air
bersih dapat membantu mengelakkan masalah ini. Selain itu:
* Mengelakkan daripada menggunakan kateter membuang air kecil
* Menyusu bayi dengan susu ibu
* Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya
* Minum susu yang dipasteur
* Kepada pengembara, pastikan mengamalkan makanan yang dimasak dan minum air yang dibotolkan atau dididihkan.

tak sabar :you Saka pergi jauh-jauh


xsabar nak tengok cite ni ha...mai tgk skit slot ntok malam ni haaaaa......


Wednesday, 1 June 2011

x mahu kalah....

salam semua...hari ni baru tegerak hati bace group Sahabat Blogger....
sakarang para blogger tgh sibuk update sal budak ni...

bg aku la,mcm biase mungkin die tgh cari identiti die sendiri...dlm umo cm gini biase la...
nasihat aku,korang jage la diri sendiri dan maruah keluarge...kalo ade adk2 dlm umo lingkungan gini perhatikan die..kalo ade tande-tande nasihat die...xpun warning skit kat die...biar die ingat dan xlupe diri sampai bile-bile...

Majlis Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya

waaaa,,tahniah ntok  abe ahmad fedtri yahya....memang minat tgk die coloteh dlm tv....mai tgk gmbar die and wife die....
sgt simple majlis die...lg cite sile klik sini..thnks abe nara....



Bismillah by Yasin


kasi layan

Ramai yang demam NORA ELENA...

ahaha...bertemu kembali...

lincah saje jari ni menaip....uhuhu
asal bukak facebook nora elena...bagi aku cite die menarik,tp biase la aku tgk cume isi mase je...
ramai yang inginkan seth tan tu sebagai suami...yela ROMANTKA...
tp ak mcm xde perasaan dgn semua tu...wahahaha...berlagak betul...tp serius susah aku nk percaya ngn laki romantik...sekarang hanye duduk mengenali diri sebelum kenal pasagan kite...




ni just pandagan aku..yelasetiap org ade pandagan yang cukup berbeza-beza....
psstt: sebab dolu-dolu aku mempunyai kawan laki y romantik....tp cm biase la lps da xnak kenal perasaan tu jadi sebalik nye...bkn sudah tertutup perasaan buat laki...tp paham-paham je la...org minang kate "FRUST"...wahahahaha



Tuesday, 31 May 2011

Lepak-lepak dulu....

pasni mau kije...duk umah lame-lame pn xleh gak...b'lemak plk nt.....
ari ni duk ngn ika je....sunyi la plk, asyik pandang muke die...boring...
ari ni aku gune kuase ak suh die ngn macam-macam keje...mane xnye sgt mls nk begerak.....

ari ni mcm biase,duk masak je la....alahai,boring sungguh....



ni je sempat masak...
haa...ni la ayam tu...sgt sedap...

Monday, 30 May 2011

2 hari 1 malam



syok balik kampung....
dulu mang sgt liat nk balik kg...skang asik t'ingt ayam...bkn pe comel kot ayam tu...
first time ak minat ayam....dulu2 lantak ko la...hahaha


ika senget...





ehh minah ni....nak jugak

Thursday, 19 May 2011

Ayam masak Kicap Berempah

hari ni tetibe je ade mood masak sedap-sedap...xsabar rase nye tnggu mak ayah balik..Mereka la y selalu komen y membina....lg2 ayah......



jom salin resepi...
1 ekor ayam
4-6 biji bawang merah d kisar
3-4 ulas bawng putih d kisar
2 biji bwg besa (1 biji potong bulat,1 biji d kisar)
1 inci halia d kisar
1/2 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
kicap
3 sudu mkn air asam jawe
2 biji kentang potong wedges,goreng
1 sudu sos tiram   (saye xletak)
1 kiub ayam          (saye xletak)
rempah menumis(plaga,kayu mns,bunga lawang)

potong ayam kecil2,bersihkan,tos.
lumur aym dgn sdikit kunyit&garam,goreng hampir garing.
kurangkan myk menggoreng,tumis rempah menumis.masukkan bahan kisar(rempah kari d kisar skali),tumis hgg naek bau&garing.
mskkan sos tiram,kiub ayam,kicap,gaul rate.
msukkan ayam&kentang.gaul rata.
mskkan air asm jawa.garam xperlu krn kicap&kiub aym dah msin
akhir skali msukkan bwg besa yg d potong bulat.msk sebentar utk mengekalkan kerangupan bawang.
siap..



sebenarnye sy suke masak....tp sebab adenye sikap M tu la jadi t'bantut....terima kasih kak Salwani...akak ni selalu aktif dlm fb Kongsi resepi....selain tu teringin gak nk jadi cam Mat gebu, Kak Hana n Kak Ummi dr Home Sweet Home serta blogger y aktif update psl masakan.....

Tuesday, 17 May 2011

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?


Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

Untung Laaa~~

bukan takat business tp bkl doctor plk tu.....waaaaa
senyap2 ko ye yam....tp ak sokng pe y ko wat....leh tambah duit poket sikit kn...
moh le tgk barang2 die ni...khas dr Bandung.........

pssssssssttt: ak da tempah korng xnk ke?
muahahahahaha




Monday, 16 May 2011

Dari Kekasih Buat Kekasih

hari ni bace artikel dr i luv islam memang best...mai2 bace....


"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.

Sunday, 15 May 2011

Selamat Hari Guru

salam semua...di sini nk ucap salam hari guru....time kasih kalian kerna mendidik tanpa pnt lelah...khas buat guru-guru di pasti alfalah (94-95)..
guru-guru di Sek keb Bandar Tun Hussein Onn (96-01)
ustaz ustazah di Maahad Hafiz Klang (02-04)
cikgu-cikgu, ustaz ustazah di SAM Bandar Baru Salak Tinggi (05-06)
ustaz ustazah di SAMT Tengku Ampuan Rahimah (07)
pensyarah saya....
dan y paling penting guru di rumah mak dan ayah saya...Hj Rusli b. Alwi dan Hjh Zalina bt. Jamid....














Tanpa Kalian Siapa Daku.....

Saturday, 14 May 2011

Si Boroi...

pelik tp benar.....
tu y dpt di ungkap.....uhuhu

ni la die....

name di beri Boroi a.k.a roy....teman kucing2 ku di rumah...pelik sebab nye da nk dkt 2 minggu duk kt umah ni....wktu pagi xde plk nmpk...tp asal mlm msti die ade...y klaka nye siap mkn smart heart lg...kucing  ak ni...ntah bape byk lg mmbe die nk pnggil dtg sni...pnt mak aku nk beli makanan korng je...

Berpesan-pesan

5 kekayaan..


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1- وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan


سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.




قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Sabda Rasulullah s.a.w.


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan ,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

لغ عن الرسول ( صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آيةب
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat
Semoga mendapat manfaat.